TikTok melonjakkan nama Aishhrahim di bibir peminat terutama mereka yang aktif dalam media sosial tersebut

  • minggu lalu
PENANGAN trend solekan Asoka yang trending di platform TikTok melonjakkan nama Aishhrahim di bibir peminat terutama mereka yang aktif dalam media sosial tersebut.

Manakan tidaknya, video yang beliau hasilkan cukup hebat dan mencecah jutaan view dan mampu menewaskan ramai pempengaruh lain bukan sahaja di dalam bahkan luar negara.

Apabila pencipta kandungan itu dipilih menerima anugerah Beauty & Fashion Creator of the Year menerusi TikTok Awards baru-baru ini, ramai yang mengakui pilihan tersebut sememangnya tepat.

Penulis baru-baru ini mempelawa pemilik nama sebenar, Ade Nor Aishah Abdul Rahim sebagai penghias muka depan SinarPlus.

Ketahui apakah karakter wanita berusia 33 tahun yang kini hamil anak kelima itu ketika di rumah?

Dengarkan sendiri pengakuan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tentang situasi romantik yang ditunjukkan apabila bersama suami?

Selain itu, Aishah turut ditanya jika diberi peluang, apa yang ingin ditukar pada dirinya. Apa agaknya jawapan beliau?

Nak tahu apa jawapan tuan punya badan, jom dengarkan sama-sama.

#Aishhrahim #tiktoker # tiktokawards #coversinarplus #pelakon #penciptakandungan #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: ADE NOR AISHAHABDUL RAHIM (@aishhrahim)
Penyelaras/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
Muzik: LNDO,Vacation Mode Instrumental daripada Soundstripe.com

Category

People

Disyorkan