Masjid Ibnu Salam jadi saksi alunan Surah Al-Jumu’ah

  • bulan lalu
Masjid Ibnu Salam jadi saksi alunan Surah Al-Jumu’ah

Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di Ipoh menjadi saksi bacaan Surah Al-Jumu'ah oleh lebih 700 peserta sempena Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Jumlah kehadiran tersebut disifatkan luar biasa kerana sasaran awal hanya 500 orang memandangkan program tersebut diadakan lebih awal berbanding tarikh sepatutnya pada 30 Ogos ini.

Program tersebut disempurnakan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 2024, Prof Madya Dr Ahmad Husni Hassan yang juga Pensyarah Kanan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/682240/khas/quranhour/perak-pilih-masjid-ibnu-salam-lokasi-utama-malaysia-quranhour

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa
Malaysia #QuranHour

Category

🗞
News

Disyorkan