Niaga AWANI: Antara reformasi yang kurang popular tetapi membawa kesan besar

  • bulan lalu
Pakar Ekonomi Utama Bank Dunia untuk Malaysia, Apurva Sanghi, berkata dalam akaun X milik beliau, kerajaan telah melaksanakan reformasi subsidi diesel, tetapi terdapat dua reformasi fiskal utama yang mungkin kurang mendapat perhatian.

Beliau menyatakan tentang Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang bertujuan menstabilkan fiskal tetapi dengan had KDNK yang mungkin longgar, dan reformasi pencen yang menggantikan skim Faedah Ditentukan (DB) dengan Sumbangan Ditentukan (DC) untuk penjawat awam baru, yang perlu mengurus kos peralihan dari skim lama. Bagaimana kedua-dua reformasi ini dapat mengukuhkan pertahanan fiskal malaysia serta meningkatkan kualiti hidup rakyat?

Disyorkan