Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat

  • minggu lalu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar sayap Pemuda dan Puteri merangka penubuhan ‘Team Sukses UMNO’, dengan matlamat mengembalikan zaman kegemilangannya sebagai parti pejuang Melayu dan Islam terbesar di negara ini.

Beliau berkata, keberkesanan pasukan itu memerlukan dedikasi sepenuh masa oleh sebuah pasukan yang dianggotai oleh pelbagai segmen profesional, termasuk ahli statistik, data saintis, pempengaruh media sosial, penyelidik, ahli media, pasukan kreatif, dan pelbagai lagi.

Disyorkan