BARU-baru ini, kisah si gadis manis berusia 21 tahun itu tular usai membuat persembahan di majlis International Cultural Fashion Week (ICFW)

  • 2 minggu lalu
BARU-baru ini, kisah si gadis manis berusia 21 tahun itu tular usai membuat persembahan di majlis International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia anjuran pereka fesyen, Jonathan dan Farel Mikhail (FM Group).

Vokalnya yang padu berjaya mencuri perhatian dan pujian ramai tatkala mengalunkan lagu Erni Zakri ketika itu.

SinarPlus berpeluang mengabadikan wajah si cantik manis , Erissa atau nama sebenarnya, Erissa Puteri Hashim sebagai penghias muka hadapan.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu sempat berkongsi beberapa pandangan antara beauty with brain dengan beauty with filter.

Si cantik manis yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perhubungan Awam itu turut berkongsi momen paling struggle yang sehingga kini tak dapat dilupakan, apa agaknya ya?.

Selain itu, beliau turut mendedahkan apakah soalan hot yang selalu ditanyakan oleh saudara mara apabila berkumpul?

Nak tahu apa jawapan tuan punya badan, jom dengarkan sama-sama.
Jika anda mahu membaca kisah beliau, layari sinarplus.sinarharian.com.my.

Jangan lupa follow kami di X, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.

Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #erissaputeri #erissa #penyanyi #pengacara #pelakon #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: ERISSA PUTERI HASHIM (@esstee- puteri)
Penyelaras/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Solekan: RIEN ZAID (@rienzaid)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

Muzik: LNDO,Vacation Mode Instrumental daripada Soundstripe.com

Disyorkan