PELAKON cantik yang semakin meningkat naik, Scha Elinnea berpegang dengan pendirian

  • 25 hari lalu
PELAKON cantik yang semakin meningkat naik, Scha Elinnea berpegang dengan pendirian bahawa wanita jangan sesekali lemah dan menyerah segala-galanya kepada lelaki yang dicintai.

“Sayangi dan utamakan diri kita daripada segala-galanya. Janganlah sudah cantik-cantik, susah payah parent besarkan awak tapi akhirnya jadi mangsa dera.

“Saya akui wanita akan lemah dengan cinta atau orang yang dia sayang, tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk kita terus lemah,” katanya.

Nasihat berguna itu dikongsikan model tinggi lampai tersebut ketika sesi penggambaran sempena pelawaan sebagai wajah hadapan SinarPlus pada minggu ini.

Siapa sangka, anak tunggal itu juga tidak pernah terdetik, bahkan berangan untuk terjun dalam bidang seni.

Apatah lagi, pengasas produk Drusilla Beauty berkenaan sudah menyusun impian untuk bergelar seorang cef selepas tamat belajar di peringkat sekolah menengah.

Apa lagi yang dikongsikan pemegang watak utama dalam drama adaptasi popular, Nuh & Nayla tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut butir bicara anak jati Kelantan itu, dapatkan akhbar Sinar Ahad menerusi sisipan SinarPlus.

Layari sinarplus.sinarharian.com.my.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.
Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #schaelinnea #selebriti #instafamous #model #pelakon #SinarPlus #fyp #lifestylesinarharian #fypシ゚viral @schaelinnea

Personaliti: SCHA ELINNEA (@schaelinnea)
Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

Disyorkan