AWANI Pagi: Galeri Khazanah tampilkan 46 karya seni artis terkenal

  • 3 bulan lalu
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Khazanah Nasional Berhad, Galeri Khazanah sekali lagi menganjurkan pameran seni mini dalam usahanya mengangkat martabat karya seni daripada pengkarya-pengkarya terkenal tanah air.

Bertemakan mengembara melalui seni, imaginasi dan warisan Malaysia penganjuran kali ini diadakan di Think City, Bangunan UAB, Gat Lebuh China George Town yang akan berlangsung selama sebulan bermula 19 Julai hingga 17 Ogos ini.

Antara lain, ia merupakan kesinambungan daripada pameran sulung Galeri Khazanah pada tahun 2022, dengan menampilkan sebanyak 46 karya seni oleh 31 pengkarya moden dan kontemporari daripada koleksi Khazanah.

Saksikan laporan ini.

Disyorkan