[TERKINI] LKAN: UIAM nafi tidak mampu bayar hutang

  • semalam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan pihaknya berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang, seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang, di Dewan Rakyat Khamis lalu.

UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.