Serangan Israel sebabkan kemusnahan alam sekitar ketara Gaza

  • kelmarin
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2), menurut laporan Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar Palestin.

Menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), Pengarah Pemeriksaan dan Kawalan di pihak berkuasa itu, Bahjat Jabarin membentangkan laporan mengenai kesan alam sekitar yang teruk akibat pemusnahan bangunan dan penggunaan senjata.