8 tahun naik turun mahkamah, Marissa Yasmin lega tuntutan harta sepencarian selesai

  • semalam
SELEPAS lapan tahun turun naik mahkamah, pelakon Marissa Yasmin menarik nafas lega apabila kes tuntutan harta sepencarian dengan bekas suami iaitu Muhzir Mohd Zainuddin akhirnya selesai pada Jun lalu.

Kata Marissa, 47, bukan mudah untuk dia melalui proses berkenaan sehinggakan pernah terfikir untuk menyerah dan berputus asa.