Malaysia tegas tidak benar syarikat Israel melabur di negara ini - Amir Hamzah

  • kelmarin
Malaysia tidak pernah menghalang mana-mana syarikat untuk melabur di negara ini, namun tegas dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat milik Israel menjalankan aktiviti di negara ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata ketegasan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal itu, dapat dibuktikan apabila syarikat perkapalan ZIM milik Israel telah disekat daripada berlabuh di perairan Malaysia sejak Disember lepas.