Ucapan Menteri Pendidikan Tinggi

  • 18 hari lalu
Tahniah diucapkan kepada adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang berjaya ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Keputusan permohonan kemasukan yang meliputi universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) itu boleh disemak oleh calon pada 28 Jun hingga 7 Julai 2024.

Yang tidak berjaya mendapat tempat atau tawaran kali ini, jangan putus asa. Adik-adik boleh kemukakan permohonan rayuan di UPUOnline.

Akhir sekali, semoga kalian terus mencipta kejayaan akademik dan kokurikulum di IPTA sekali gus menjadi generasi muda pewaris negara di masa hadapan.

#sinarbestari #pendidikan #upuonline #KPT #spm2023