Pilihan Raya Kecil hanya buang masa - Syed Abu Hussin

  • kelmarin
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berpendapat, Pilihan Raya Kecil tidak perlu diadakan di enam kawasan Parlimen, berikutan ahli Parlimen parti itu menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Pilihan Raya Kecil hanya membuang masa kerana ia tidak mengubah kedudukan kerajaan sedia ada.

Katanya, PRK sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan rakyat juga telah lama muak dengan politiking.