Pemandu bas persiaran tiada lesen memandu - Polis

  • 9 hari lalu
Pemandu bas persiaran terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands yang mengorbankan dua pelancong China didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan lanjut juga mendapati pemandu bas berusia 32 tahun itu mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.