SIWW 2024: Inovasi sistem pertukaran data air global

  • kelmarin
Di saat dunia berdepan dengan cabaran perubahan iklim yang belum pernah berlaku sebelum ini, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita semua melindungi dan menguruskan sumber bumi. Dengan jumlah populasi manusia terus meningkat, corak iklim berubah-ubah, akses kepada bekalan air bersih menjadi keutamaan buat semua hidupan.

Justeru, inovasi dalam memudah cara tindakan penyelesaian menggunakan platform digital seperti sistem 'meter pintar air' amat disahut positif.

AWANI Green Action membawa anda memahami lanjut platform digital ini menerusi temu bual bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RSK Group semepena Minggu Air Antarabangsa Singapura 2024 baru-baru ini.