Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua

  • kelmarin
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2024-2027 pada pemilihan parti kali ini.

Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran mengumumkan keputusan itu selepas Saravanan muncul sebagai satu-satunya calon untuk jawatan berkenaan apabila pencalonan ditutup pada pukul 1 tengah hari ini.