Kajian epidemiologi air sisa diiktiraf Anugerah Lee Kuan Yew

  • 19 hari lalu
Inovasi menerusi kajian epidemiologi berasaskan air sisa (WBE) dengan objektif untuk mengawal penularan COVID-19 mengangkat nama Ahli mikrobiologi dari Belanda, Profesor Gertjan Medema memenangi anugerah Lee Kuan Yew Water Prize 2024. Ini sekali gus menjadikan beliau sebagai penerima ke-10 anugerah berprestij yang diperkenalkan pada 2008 itu.