Kerajaan tubuh Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan

  • 8 hari lalu
Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri serta pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan peralihan kepada pembangunan rendah karbon dilaksanakan secara teratur dan seimbang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sebuah hantaran di Facebook pada Jumaat berkata, pelaksanaan itu akan turut disokong dengan dasar baharu yang lebih terangkum dan menyeluruh dengan mengambil kira komitmen negara di bawah Perjanjian Paris.