Proton akui kesilapan label Sarawak & Sabah

  • 15 hari lalu
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kesilapan melabel Sabah dan Sarawak di dalam peta.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pihak Proton menyesali kesilapan berkenaan dan mengakui ia mungkin telah menyentuh sensitiviti dalam kalangan masyarakat terutama di dua wilayah berkenaan.