Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara

  • 11 hari lalu
Kualiti lebih 500 pendebat yang mengambil bahagian dalam Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri 2024, meningkat dengan ketara sekali.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menganjurkan agar pemenang debat diberi pendedahan dalam pertandingan di peringkat universiti, termasuk di peringkat antarabangsa.