Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos

  • bulan lalu
Seramai tiga kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk seorang pegawai, yang ditahan dalam Ops Samba 2.0, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,600 berhubung kes melepaskan lori barangan tanpa sebarang pemeriksaan, bermula tujuh tahun lalu.