Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO - Puad Zarkashi

  • 23 hari lalu
Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO - Puad Zarkashi

BERITA SEMASA 29 MEI 2024

Afidavit yang difailkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan di rumah merupakan mesej paling kuat daripada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, affidavit difaikan itu membuktikan bahawa UMNO tidak membuat permintaan tidak wujud.

Oleh itu, Datuk Dr Mohd Puad menggesa Kerajaan Perpaduan untuk menghormati titah dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Datuk Seri Wan Rosdy mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Afidavit #NajibRazak #MBPahang