Dolla tak mahu besarkan isu Elle Thong SMDX, fokus perkukuh jenama di Malaysia dan antarabangsa

  • 29 hari lalu
#MHnews Grup wanita popular, Dolla tidak mahu memperbesarkan isu yang tercetus membabitkan salah seorang anggota kumpulan baharu iaitu SMDX, Elle Thong.

Ia susulan kenyataan Elle menerusi sesi siaran langsung di TikTok yang antara lain mendakwa dia tidak mengenali Dolla ketika menjawab pertanyaan menerusi aplikasi sosial itu.

Mewakili Dolla, Sabronzo menegaskan mereka kini sedang berusaha untuk mengukuhkan jenama mereka di Malaysia dan antarabangsa.