SAR30 juta kos sediakan makanan jemaah haji

  • 15 hari lalu
BERITA SEMASA 23 MEI 2024

Tabung Haji (TH) memperuntukkan SAR30 juta (RM37.5 juta) untuk menampung kos penyediaan dua juta pek makanan bagi 31,600 orang jemaah Musim Haji 1445H/2024 yang disediakan oleh lapan syarikat penyedia makanan di Makkah dan Madinah, lapor wartawan Sinar Harian, Riswandi Razak.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata, walaupun terdapat peningkatan pada kos bahan mentah, bahan yang diimport, kos pengangkutan dan percukaian namun jumlah kos penyediaan tahun ini tidak meningkat.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/666085/berita/nasional/sar30-juta-kos-sediakan-makanan-jemaah-haji

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #JemaahHaji #TabungHaji