Pantau Agenda Reformasi: Pelihara khazanah 'megadiverse' bumi demi masa depan kita

  • bulan lalu
'Be part of the Plan' atau 'Jadilah Sebahagian Daripada Pelan' menjadi tema Hari Biodiversiti Antarabangsa 2024 yang diraikan pencinta lestari hari ini.

Tanggal 22 Mei ini dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menyeru masyarakat global bersama mendedikasikan usaha melestarikan kesejahteraan planet bumi selaras dengan perjanjian sidang Rio De Janeiro 1992.

AWANI Green Action (AGA) sedia menyahut seruan itu dan membawa pandangan individu yang bersama menjadi tulang belakang pemeliharaan ekosistem negara. Ikuti temu bual jam 5 petang ini di saluran 501 Astro AWANI.

#HariBiodiversitiAntarabangsa #AWANIGreenAction #jAGABumi