PM doakan Faisal Halim sembuh, kembali perjuangan bola sepak

  • 13 hari lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim dikurniakan afiyah segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak./p

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.