PRK KKB: Kempen calon PN capai 70 peratus

  • 2 bulan lalu
PRK KKB: Kempen calon PN capai 70 peratus

BERITA SEMASA 6 MEI 2024

Berbaki lima hari tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Perikatan Nasional (PN) telah mencapai lebih 70 peratus kawasan bertemu pengundi, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Calonnya, Khairul Azhari Saut berkata, kempen tersebut meliputi kawasan Felda, pasar pagi dan peniaga-peniaga di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Khairul Azhari yang juga pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kuala Kubu Baharu memaklumkan, aktiviti berkempen berjalan lancar selain penerimaan pengundi sangat positif.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663007/PRK-KKB:-Kempen-calon-PN-capai-70-peratus

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PN #PRKKualaKubuBaharu

Disyorkan