Bomba cipta jentera mini atasi kes kebakaran hutan

  • 20 hari lalu
Bomba cipta jentera mini atasi kes kebakaran hutan

BERITA SEMASA 30 APRIL 2024

Masalah kebakaran hutan yang sering berlaku ketika ini mendorong Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut mencipta jentera mini menggunakan barangan terpakai bagi memudahkan proses pemadaman, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ketuanya, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, hasil inovasi dinamakan sebagai 'mini water trailer' itu menggunakan tangki air berkapasiti 1,000 liter dengan gabungan mesin pam berkapasiti tinggi bersama pam tekanan tinggi bagi menghasilkan pancutan air mengikut kesesuaian keadaan.

Menurutnya, rancangan untuk mencipta alatan itu telah dilakukan sejak awal memandangkan saban tahun anggota keselamatan itu berdepan bencana kebakaran hutan yang kerap berlaku terutama ketika musim panas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661459/edisi/terengganu/bomba-cipta-jentera-mini-atasi-kes-kebakaran-hutan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #JBPM #BBPBesut #JenteraMini