PRK KKB: PN mahu hantar isyarat besar kepada Putrajaya

  • kelmarin
PRK KKB: PN mahu hantar isyarat besar kepada Putrajaya

BERITA SEMASA 28 APRIL 2024

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu cukup penting kepada Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan isyarat besar dapat dihantar kepada Putrajaya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun keputusan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei nanti tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri dan Persekutuan ketika ini, sebaliknya akan menunjukkan hala tuju sokongan rakyat.

Jelasnya, PRK kali ini merupakan kayu ukur bukan setakat di Selangor tetapi juga di peringkat nasional.

Beliau berkata, ini bermakna jika pengundi menunjukkan sikap marah dan benci, kalahkan calon DAP, ia bermakna isyarat besar sudah sampai ke Putrajaya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN boleh memenangi PRK Kuala Kubu Baharu sekiranya 80 hingga 90 peratus pengundi Melayu melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari pengundian nanti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661784/berita/politik/prk-kkb-pn-mahu-hantar-isyarat-besar-kepada-putrajaya?

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKualaKubuBaharu #MuhyiddinYassin