Helikopter TLDM terhempas: Identiti mangsa dikenal pasti

  • 27 hari lalu
Helikopter TLDM terhempas: Identiti mangsa dikenal pasti

BERITA SEMASA 23 APRIL 2024

Identiti 10 kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Selasa telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita merupakan anggota dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.

Menurutnya, semasa kejadian semua kru terlibat sedang mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660965/berita/semasa/helikopter-tldm-terhempas-identiti-mangsa-dikenal-pasti

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #60Saat #NahasHelikopter #Tragedi #TLDM #Lumut #Helikopterterhempas