Bermula hobi, kini berjaya buka Rumah Botol Ayahku

  • 2 bulan lalu
Bermula hobi, kini berjaya buka Rumah Botol Ayahku

BERITA SEMASA 12 APRIL 2024

Bermula sekadar hobi mengutip botol hanyut di pesisir pantai, kini seorang pesara tentera boleh berbangga apabila berjaya membuka sebuah Rumah Botol Ayahku di Kampung Penarik, Setiu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Tengku Mohd Ali Tengku Mansor, 80, berkata, setakat ini dia berjaya mengumpul lebih 15,000 barangan termasuk botol kaca, pelampung dan pelbagai jenis botol minyak wangi.

Menurutnya, dia mengambil inisiatif memungut botol tersebut pada setiap pagi selepas mendapati banyak botol yang terbiar di pantai berhampiran Kampung Penarik dan Kampung Mangkuk.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Hobi #Terengganu #RumahBotolAyahku