Abdur Rahman, Abdullah rindu nasi ayam air tangan ibu

  • 5 bulan lalu
BERITA SEMASA 6 APRIL 2024

Menjelang Aidilfitri, kebiasaannya meriah bersama ibu, ayah dan adik beradik membeli baju raya sedondon, namun itu semua tinggal kenangan buat Abdur Rahman Amir Ruddin, 20, dan adiknya Abdullah, 16, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Dua beradik itu kehilangan ibu dan ayah serta empat beradik yang lain dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat Kuantan pada 1 September tahun lalu.

Menurut Abdur Rahman, Ramadan dan Aidilfitri kali ini begitu berbeza kerana pertama kalinya disambut tanpa ibu bapa dan adik beradik di sisi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658499/edisi/johor/abdur-rahman-abdullah-rindu-nasi-ayam-air-tangan-ibu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #anakyatimpiatu #kemalangan

Disyorkan