Baca al-Quran berbumbungkan langit

  • 5 bulan lalu
Baca al-Quran berbumbungkan langit

BERITA SEMASA 4 APRIL 2024

Demi mencipta kelainan sempena World #QuranHour pada tahun ini, Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Perak tampil melaksanakan program berkenaan di luar bangunan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Jelas Penggeraknya, Maziah Rafie kelainan itu ditampilkan bagi membolehkan peserta merasai pengalaman baharu membaca dan menghayati tadabbur berbumbungkan langit.

penganjuran pada kali ini dibuat lebih awal bermula jam 8 pagi berbanding masa sebenar jam 12 tengah hari atas faktor cuaca.

Program tersebut dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah diikuti dengan bacaan Surah Al-Jumaah oleh semua pemegang panji-panji Al-Jumaah.

Sesi tadabbur Surah Al-Jumaah dikendalikan Ustazah Rafidah Mohammad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658153/khas/wacanaquran/baca-al-quran-berbumbungkan-langit

Muzik: www.Bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa World #QuranHour Ummah #GrandReset #SurahAlJumuah

Disyorkan