Bekas tentera didakwa cabul, cederakan prebet

  • 3 bulan lalu
BERITA SEMASA 15 MAC 2024

Seorang bekas tentera berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka pada Jumaat, atas 17 pertuduhan termasuk 15 tuduhan mencabul seorang prebet di dalam sebuah kem tentera tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh, Mohd Amanah Habhijullah, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654705/berita/semasa/bekas-tentera-didakwa-cabul-cederakan-prebet

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #perebet #tentera

Disyorkan