PATI menyorok dalam longkang, bawah rumah kongsi dicekup

  • 4 bulan lalu
PATI menyorok dalam longkang, bawah rumah kongsi dicekup

BERITA SEMASA 29 FEBRUARI 2024

Tindakan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) menyorok dalam longkang dan bawah rumah kongsi gagal selepas dicekup pihak berkuasa dalam operasi bersepadu (Ops Sapu) di sebuah tapak pembinaan di Tiang Dua, Melaka pada awal pagi Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, mereka bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pegawai imigresen menyerbu kawasan tapak pembinaan itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651892/berita/semasa/pati-menyorok-dalam-longkang-bawah-rumah-kongsi-dicekup

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #patisorokdalamlongkang #Melaka