Selaku sekretariat kepada NACCOL, Menteri KPDN jelaskan peranan YB Bukit Gantang

  • 4 bulan lalu
Isu padi dan beras dibawah kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), namun mengambil kira KPDN adalah sekretariat kepada NACCOL, Menteri KPDN maklumkan sejak pentadbiran yang lepas pengerusi NACCOL adalah Perdana Menteri.

"Peranan YB Bukit Gantang seperti dimaklumkan KPKM dan diperakui oleh Perdana Menteri kerana KPKM adalah Pengerusi kepada Kluster Makanan dan peranan rasmi YB Bukit Gantang ialah Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)," jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat