Toh Puan Raghad Kurdi sebak iringi pemergian Tun Abdul Taib Mahmud

  • 3 bulan lalu
Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Negara sekitar jam 9.15 pagi tadi sebelum solat jenazah berlangsung sekitar jam 10 pagi.

Beberapa ahli keluarga termasuk isteri Allayarham Toh Puan Raghad Kurdi Taib memakai serba putih dan sahabat handai hadir bagi upacara penghormatan terakhir termasuk

Difahamkan, selepas selesai solat, jenazah dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang pada jam 12 tengahari.

Seterusnya, jenazah Allahyarham diterbangkan ke Sarawak pada jam 1 petang dan dijangka tiba di Kuching pada jam 3.30 petang dan terus dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Kuching.

Penghormatan terakhir terhadap tokoh berusia 87 tahun itu akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Seterusnya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Demak untuk solat jenazah.

Majlis pengebumian dijangka diadakan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Demak, sekitar pukul 1.30 petang esok.

Disyorkan