Ringgit dianggarkan rendah minggu Ini

  • 4 bulan lalu
Penganalisis ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, meramalkan nilai ringgit dijangka kekal rendah minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat. Beliau menjelaskan bahawa kecenderungan ini berpunca daripada kekuatan ekonomi Amerika Syarikat berbanding dengan negara-negara G7 lain. Selain itu, keputusan untuk tidak melonggarkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan turut memberi kelebihan kepada dolar.