[TERKINI] Pesawat ringan terhempas, kerja mencari mangsa masih dijalankan

  • 4 bulan lalu
Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1:35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima. Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini. Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh biro siasatan kemalangan udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut bahagian XXVI peraturan-peraturan penerbangan awam 2016.