Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM

  • 5 bulan lalu
Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB) dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa QMSB merupakan institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).