LKTN rampas 21 tan tembakau virginia bernilai RM650,000

  • 5 bulan lalu
LKTN rampas 21 tan tembakau virginia bernilai RM650,000

BERITA SEMASA 18 JANUARI 202

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) berjaya merampas tembakau jenis virginia seberat 21 tan bernilai RM650,000 di sebuah premis di Pengkalan Lahat, Ipoh, Perak pada 3 Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Nilai rampasan terbabit adalah yang terbesar pernah dibuat sepanjang tiga tahun lepas iaitu pada 2022 berjumlah RM111,421.74 dan 2023 pula RM291,133.75.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Datuk Zailani Hashim berkata, siasatan awal mendapati tembakau itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan kepada pengilang tempatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645006/berita/semasa/lktn-rampas-21-tan-tembakau-virginia-bernilai-rm650000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rampasantembakau #LKTN