Mangsa banjir di Johor, Pahang catat penurunan

  • 7 bulan lalu
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit kepada 5,839 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 5,800 orang pagi tadi. Laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah itu meliputi 5,018 mangsa daripada 1,399 keluarga yang berlindung di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di Johor dan 783 mangsa daripada 232 keluarga di sembilan PPS di Pahang.

Disyorkan