Abot, Rambai 'kerja keras' pujuk empat gajah liar
  • 4 bulan lalu
Abot, Rambai 'kerja keras' pujuk empat gajah liar

BERITA SEMASA 11 JANUARI 2024

Sekali lagi khidmat gajah denak betina, Abot dan Rambai digunakan bagi memujuk empat gajah liar di Kampung Chepor, Lenggong pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang itu sebelum ini berjaya melaksanakan operasi pemindahan di Sungai Siput serta Sik, Kedah itu pada Isnin dan Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, operasi memindahkan empat gajah liar yang ditangkap pada Jumaat dan Isnin lalu dilaksanakan selama dua hari.

ARTIKEL:
https://www.sinarharian.com.my/article/643864/edisi/perak/abot-rambai-kerja-keras-pujuk-empat-gajah-liar

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #GajahLiar #Perak