COVID-19: KKM harap tidak perlu lalui PKP lagi

  • 6 bulan lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia berharap dapat mengawal peningkatan kes COVID-19 tanpa memperkenalkan semula sebarang sekatan atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, buat masa ini KKM mengambil pendekatan memperkukuhkan pelan pengurusan COVID-19 melalui lima strategi utama – pemerkasaan awal; pemerkasaan komuniti melalui TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko berkesan; dan pendigital sistem kesihatan melalui MySejahtera.