Indeks kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat naik 2.5 peratus

  • 6 bulan lalu
Kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022 apabila prestasi Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) mencatatkan 121.2 mata berbanding 118.3 mata pada 2021, yang disumbangkan oleh pertumbuhan positif dalam kesejahteraan ekonomi dan sosial, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).