Sektor acara perniagaan Sarawak, jana impak ekonomi RM346.5 juta

  • 6 bulan lalu
Sarawak mencatatkan tahun yang cemerlang bagi industri acara perniagaan apabila berjaya meraih 95 acara kebangsaan dan antarabangsa pada 2023, dengan impak ekonomi dianggarkan sebanyak RM346.5 juta, iaitu 139 peratus melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Business Events Sarawak (BE Sarawak).