• last year
Terima kasih Datuk Seri Fadillah.

Datuk Seri Fadillah Yusof telah melengkapkan tahun pertama beliau di dalam Kerajaan Perpaduan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

Setelah setahun memegang portfolio sebagai Menteri di Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), pelbagai inisiatif telah direalisasikan untuk terus membangunkan sektor agrikomoditi negara agar ia terus berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Walaupun kini beliau akan mengetuai kementerian yang baharu, segala usaha beliau di KPK akan terus memberikan impak yang positif kepada Malaysia.

Terima kasih Datuk Seri Fadillah Yusof atas sumbangan dan usaha diberikan kepada KPK dan seluruh warga agrikomoditi negara.

Kredit muzik:
What We’ve Built - David Morton daripada Artlist
Ian Post - Breathe (Instrumental Version) daripada Artlist

Recommended