eMadani: Layak tetapi ditolak, rayuan akan dipertimbangkan

  • 7 bulan lalu
eMadani: Layak tetapi ditolak, rayuan akan dipertimbangkan

BERITA MOJO 8 DISEMBER 2023

PONTIAN – Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan rayuan individu yang layak tetapi ditolak permohonan mendapatkan kredit eMadani, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman mengenai rayuan eMadani itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, kerajaan mendengar keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMadani sukar dimohon dengan rayuan akan mengutamakan kelompok penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638676/eMadani:-Layak-tetapi-ditolak,-rayuan-akan-dipertimbangkan

Muzik:Bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #eMadani