Rakyat 'demam' PLKN hingga usia 35, rupanya...

  • 6 bulan lalu
Baru-baru ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan melaporkan Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0 yang sudah dimansuhkan pada tahun 2018 akan disambung semula.

Perkara ini menimbulkan persoalan dan kerisauan orang awam apabila ia membabitkan golongan belia berusia antara 16 hingga 35 tahun dan mempunyai dua fasa.

Kementerian Pertahanan Malaysia bagaimanapun menjelaskan bahawa PLKN 3.0 ini hanya pelatih kelahiran 2007 sahaja akan dipilih.

Mereka yang tidak dapat menyertai PLKN 3.0 boleh memohon penangguhan dan had untuk bergelar pelatih adalah sehingga usia 35 tahun.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan PLKN yang dihidupkan semula ini menyaksikan belia akan menjalani latihan asas tentera yang singkat selama 45 hari.

Disyorkan