Episod sayu di sebalik tirai besi

  • 6 bulan lalu
Walaupun cuba disembunyikan, namun air mata tetap tumpah tatkala bertemu ahli keluarga di hadapan mata.

Suasana sebak dan pilu mengiringi pekarangan Penjara Kajang apabila 36 banduan diberi peluang untuk menjamu makanan tengah hari bersama insan tercinta, menerusi Program Jalinan Kasih Sempena Deepavali, baru-baru ini.